Thursday 7 November 2013

Tahniah! InI REZEKI Anda.

MiNDA adalah MAGNET REZEKI. Berapa ramai yang dah TERsedar ?!!?
K.... Minat! 
apabila dilakukan secara sistematik berpandukan Mentor yang dah berjaya pasti semuanya lancar berjaya.
Atas minat inilah saya telah berjaya mendapat sebuah "resort" untuk pakej "training indoor/outdoor" di negeri Kedah Darul Amannnnn bersama dana yang boleh merangsang ekonomi penduduk setempat. 
Tunggu hari perasmiannya yer :)p Tahniah GMBB GlobaLRich Group. Anda hebat kaya lagi berjaya. Nati sy akan sharing macamana "perjalanan"nya hingga berjaya sebegini... dan yang bestnya "Tanpa Modal" yang banyak, sekadar "proposal dan teknik senyum" jer  
K
*Sedarkah kita bahawa orang yang berjaya kaya dan terus berjaya kayaraya lagi dermawan adalah kerana mereka bijak menggunakan MiNDA!!
minda adalah magnet, impian adalah magnet dan tindakan lagilah BERMAGNET. Ia akan menarik apa saja yang kita suka atau minat dan fokus istiqamah menjadikannya sebuah impian besar. Terutamanya apabila kita ada produk atau perkhidmatan, ia akan menjadi sangat bernilai macam Emas. Inilah yang bestnya kan.. apabila kita sedar minda adalah magnet rezeki dan .......................
Salah satu Cara Magnet Rezeki ialah MENGURUSKAN KEWANGAN
cer baca cerita ini....
Ada seorang budak bersama ayahnya pergi ke kedai beli aiskrim satu scoop. Lalu budak dan ayah itu berjalan keluar dari kedai. Semasa berjalan sambil menjilat aiskrim, tiba-tiba aiskrim budak itu yang satu scoop pun jatuh ke lantai.

Lalu budak itu menangis meminta pada ayahnya untuk beli aiskrim yang baru... Ayahnya pun bawa anaknya semula ke kedai aiskrim untuk ganti aiskrim yang baru.

Masa dalam kedai aiskrim tu, budak tu nampak poster iklan aiskrim 3 scoop. Nampak lagi menarik dan lazat. Lalu budak itu meronta-ronta minta ayahnya untuk belikan dia aiskrim yang 3 scoop.

Sebagai seorang ayah yang penyayang dan baik hati...adakah anda akan beli kan aiskrim 3 scoop itu ?

Walaupun anda penyayang tapi kalau anda cerdik, anda pasti TIDAK akan belikan aiskrim 3 scoop itu...

Sebabnya.... yang satu scoop pun anak itu tidak boleh nak menjaganya apa lagi yang tiga scoop...lagi tinggi aiskrim dia kena kawal!!

Begitulah keadaannya bila masuk bab menguruskan kewangan. Bila ada duit sikit pun tak boleh nak uruskan apa lagi bila ada duit banyak !!

Jadi bagaimana nak buat ? Amalkan begini....setiap kali anda dapat duit pecahkan kepada 5 bahagian. 1:1:1:5:2...

Maksudnya setiap kali anda dapat duit contohnya RM 10, anda pecahkan dan masuk ke dalam 5 tabung...

10% - Simpanan jangka panjang ( tak boleh keluarkan langsung )
10% - Ilmu
10% - sedekah
50% - belanja
20%- Komitmen seperti duit sewa, kereta, rumah...atau pun modal perniagaan

Bila dapat RM 10 pecahannya jadi begini.... RM 1 masuk tabung jangka panjang, RM 1 untuk beli buku atau belajar , RM 1 untuk sedekah, RM 5 untuk perbelanjaan harian, RM 2 untuk bayar komitmen...

Macamana nak kaya macam ni.....Haaa itulah yang Magiknya datang..... Mula dengan sedikit dulu.... Anda akan dapat keajaibannya bila dah buat selama 3 bulan... dan saya guarantee anda akan ada duit yang berlipat kali ganda !!

Logiknya....Hukum Alam semester atau yang pastinya Allah SWT nampak apa yang kita buat dan DIA Maha Mengetahui. 

Setiap pengurusan kewangan kita adalah satu ibadah lebih-lebih lagi kita amalkan sedekah 10% dari pendapatan kita.., berapa ramai yang sedekah walaupun sehari RM 2 ? Tak ramai.... sebab bila RM2 X 30hari jadi RM60... ada yang sedekah RM60 sebulan ?

Allah nampak bila kita sudah pandai menguruskan Duit kita maka Allah akan gandakan Rezeki kita...PASTI!!

Itulah datangnya Magnet Duit.... sebab Duit pun tahu orang yang pandai uruskan duit. Orang yang boros, tak pandai dan tak sayang duit... Duit pun lari sebab menyampah.....

Magnet duit ialah bila Duit sayang dekat kita dan nak datang dekat kita...bukan maksud kita duduk rumah berangan dan tiba-tiba ada duit jatuh dari bumbung. Kalau betul jatuh bumbung hempap atas kita... 

itu duit ToYoL kaloo... hehee...  

okkayyy moga di tahun awal Muharam ni MiNDA kita tetap menjadi MAGNET kepada kejayaan kekayaan yang berganda-ganda setiap saat.

Amin.

"masa DAH time"
Anda Kaya dan Berjaya!

2 comments: