Thursday 24 October 2013

BETUL KE ADA 7 KE-AJAIB-AN MiNDA ...? ;)

DETIK 7102013M
Tahniah anda sudah berada di kapal yang betul untuk membina legasi biznes anda. Semua yang saya paparkan di sini semuanya ada kaitannya antara satu sama dan bersambungan umpama serat-serat neuron-proton-elektron dalam minda anda. Inilah langkah-langkah awal yang boleh memaksa anda untuk berada di Puncak Kejayaan mengikut kepakaran anda! Semuanya MESTI bermula dari dalam MiNDA....::::

Sedarkah kita bahawa kita perlukan 7 persediaan untuk dapat memahami kuasa 7 keajaiban MiNDA kita. Apakah 7 persediaan itu?? Ianya adalah 1)EMOSI::  2)ROHANI::  3)MASA::  4)SOSIAL::  5)EKONOMI::   6)KOMUNIKASI::  dan yang ke 7).............................?? apakah yang ke 7 ini? ;)

Baikkk... yang penting hari ini adalah untuk kita tahu apakah 7 keajaiban MiNDA itu.
1.Minda ada tenaga ajaib.
Misalnya apabila anda kata 'dah kenyang', tentu anda rasa tak rasa nak makan hari itu.Buktinya apabila kita berniat puasa, maka hari esoknya semua kerja dapat dijalankan dengan baik sepertimana biasa. Sedangkan jika cakap lapar, tak sampai 2 jam anda mesti rasa nak cari makanan. Jadi, kesimpulannya "kita sendiri yang meminta setiap perkara yang akan berlaku kepada diri kita".
Saya lebih suka anda fikirkan sendiri fakta seterusnya ini.... ;)
2.Minda suka komunikasi antara Minda.
3.Minda adalah magnet yang sangat beremosi.
4.Minda adalah pengawal yang yang terbaik.
5.Minda boleh adakan 2 situasi dalam 1 masa
6.Minda mudah terangsang melalui solat dan doa.
7.Minda suka sentuhan! Yangg ini penting untuk kita memahaminya kerana ada kaitannya dengan ahli keluarga dan persekitaran kita..
Kuasa sentuhan adalah yang amat menakjubkan. Kajian telah membuktikan bahawa ia mampu....:>>
1) Meningkatkan sistem imun (iaitu meningkatkan penghijrahan sel darah putih yang bertindak sebagai daya tahan badan berkumpul dengan banyaknya.

2) Meredakan tekanan

3) Megurangkan paras glukos pada pesakit diabetis.

4) Mempercepatkan pemulihan luka dan tulang yang patah

5) Mengurangkan rasa kebimbangan.

6) Melegakan rasa dukacita

7) menambahkan rasa selera makan


Apabila kita memeluk bayi,isteri dan anak, akan ada satu perasaan lega kerana serotonin diaktifkan apabila berlaku sentuhan. Serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira.

Dengan sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan. Kekurangan Dopamin menyebabkan manusia akan nyanyuk dan terkena penyakit parkinson. Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapt ditingkatkan.

Ini adalah berdasarkan satu kajian telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan,penghargaan kendiri tinggi dan keyakinan yang lebih tinggi dari yang tidak berbuat demikian.

Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan di kawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri dapat membantu melegakan malah boleh juga menyembuhkan penyakit sepertimana yang diamalkan oleh pengamal perubatan REIKI.

Pada tangan tersebut mengalir tenaga magnetik dan elektrik yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengamal REIKI menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api , cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi dengan izin Allah lalu mengalirkan tenaga ini sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan.

MAKA...............
Bagi para suami sekalian pula rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri supaya kamu dan isteri selalu sihat dan ceria kerana sentuhan anda adalah ajaib!
iNi lah yang sangat disukai oleh MiNDA sebenarnya.... iaitu saling "bahagia membahagiakan"!

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, 
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu 
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
menyediakan waktu untuk menulis kerana Menulis apa yang difikirkan, akan bertindak sebagai satu kuasa ajaib untuk menukar pemikiran itu kepada satu impian..,
dan menulis satu impian di atas sekeping kertas bertindak sebagai satu senjata untuk menukar impian menjadi kenyataan dan fakta.

Moga kita telah refresh sesuatu hari ini....

inilah di antara topik utama sesi "brainstorming" peserta di dalam program-program yang kami jalankan... seperti "9P Pencetus Organisasi Terlarang". semuanya ada di sini::> page " GMBB Global Rich " yang anda idamkan :)p 


"masa DAH time"

Tuesday 22 October 2013

DETiK 12 MALAM.... ?

DETIK 12 MALAM....
Apa yang anda fikirkan ;)





Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. 

Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). 

Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Memang "Masa DAH Time"  
^^Sederap ke Puncak Legacy^^ 

Friday 18 October 2013

AJAIBNYA MINDA KiTA!! *Menyesal jika tak baca!!

DETIK 05102013
Harini aku dapat berita gumbira... tentang projek "melaksanakan program 9P's memartabat modal insan" di wilayah utara telah disahkan lulus. Alhamdulillah :)
Nak tahu rahsianya....? Baca nii......
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi…KEAJAIBAN KUASA DOA, MINDA adalah tersangatlah magiknya. I’ve gone thru the magic dgn kejayaan berganda…inilah KEAJAIBAN KUASA DOA, MEDITASI ISLAM & SAINS MINDA.

Suatu hari anak ke tiga bersuara.., "Kakak peliklaa, macam tak percaya…kakak dpt nombor 1…, dia pelik macam mana dia boleh dapat nombor 1…kakak bukannya ulang kaji sangat…(hemm , memang betul pun…tapi TIDAK LUPA…setiap kali hendak tidur malam saya akan pastikan saya ada di sisi UTK MEMANFAATKAN GELOMBANG ALPHA ANAK-ANAK DLM MEMBANTU KEJAYAAN & PEMBENTUKAN PERSONALITI YANG RABBANI…ZURIAT YANG SOLEH…BERIMAN..BERILMU & BERTAQWA…

RESEPI…nya ialah::>
“ALLAH MELIHATKU, ALLAH MENDENGARKU…ALLAH BERSAMAKU”…tidak lepas untuk ditanamkan agar mereka jadi insan yg cemerlang utk Allah dan Islam…

Dan BERANGANLAHHH…sebelum tido mohon pd Allah…itulah rahsianya…penggunaan otak kiri & otak kanan berdoa LEPAS SOLAT BAYANGKAN seblum tidur…rupa-rupanya dia selalu IMAGINASIKAN saat beliau memberitahu berita kejayaan NO. 1 :) itulah KUASA DOA SGT HEBAT…
insyaAllah rangsangan positif sedari kecil dapat kita dorongkan tidak mustahil IMPIAN melihat kejayaan dan kecemerlangan mereka lebih mudah…

Inilah yang sering aku lakukan, apabila berhajat untuk menggapai sesuatu perkara. Lakukanya dengan penuh istiqamah... penuh yakin.. dan sentiasa bersedia untuk menerima habuan dariNYA pada bila-bila masa pun. Ingat!! Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Jika kita tak bersedia... macammana DiA nak bagi... kannnn!! Kita cuma akan dapat perkara yang biasa-biasa jer lahh.. kannn!! So jika nak hajat yang luarbiasa tercapat..... kenalahh buat perkara yang LUARBIASA jugaa kannn :)p 

Teringat saya tentang artikel TEKNIK SUCHIDA DR JEPUN YANG MANA MENCECAH RIBUAN RINGGIT UTK MENEROKAINYA….dimana satu teknik utk mengaktifkan OTAK KANAN.. Subhanallah rupa-rupanya bila saya meneroka KEAJAIBAN MINDA semua ini sudah Allah sampaikan dlm Al-Quran…ada dlm Islam…

RAHSIA ALPHA… hening, tenang, syukur,pasrah, redha….happy…ceria….menerusi PENEROKAAN..DISPLIN KAUNSELING…TEKNOLOGI SAINS MINDA & PERPEKSTIF ISLAM…saya menikmati keajaiban2 ini…dan insyaAllah KEAJAIBAN & MUKJIZAT inilah yg saya cuba bawakan buat insan mahupun rakan2 yg ingin dibantu…KHUSUSNYA…dalam MEMPELAJARI…
“BAGAIMANA MELETAKKAN FREKUENSI GELOMBANG YG TEPAT SEBLM MELONTARKAN HAJAT”…

Teringat komentar Dr Sidek…usaha ghaib ini juga spt kita mendapatkan gelombang radia, astro….telefon dsbgnya…BILA TEPAT FREKUENSINYA….insyaAllah IMPIAN MENJADI REALITI…

Ilmu juga nii… malah antara YG PALING PENTING…sebab dlm hidup kita PUNYA IMPIAN…DALAM HIDUP KITA BERDOA…TAPI KENAPA KADANG LAMBAT BENARRR ENERGYNYA PERGI…orang lain berniaga untung…anda berniaga….menambah hutang, org lain cepat jodoh anda tak juga sampai2 jodohnya…nak ikutkan tak cantik…cukup sifat, sempurna…baik hati, beriman..terpelajar dsbgnya…org lain cepat naik pangkat anda masih tersangkut kat takuk lama….org lain dpt kerja anda masih jugak dgn kerja sementara….GRADUAN tapi kerjaya tidak menepati kelulusan…rumahtangga org lain bahagia…anda diuji…org lain ada zuriat anda masih dlm penantian…mana silapnya???

Ingin mencari JAWAPANNYA???
Tunggu episod seterusnya..:::)))) sama-sama kita menerkai khazanah ilmu ini… KUASA AJAIB DLM DIRI ANDA YANG AKAN MEMBENTUK TRANSFORMASI GEMILANG.


"Masa DAH Time" @ anda kaya dan berjaya! :)

Wednesday 16 October 2013

Hari iNi Takde Citer.... ;)

HARI iNi Takdelahh citer apa sangattt... cuma nak bagitau saya sedang menyiapkan ''kertas kerja'' untuk program "1Fikir 1Hati" @ Trainformasi Diri Memacu Biznes Bestari untuk "Portpolio Modal Insan" Exco Kedah/Perlis. Jika anda berminat nak tahu "macam mana nak buat" dan menjana pendapatan RM15000 seminggu cer pm @ email ke: mindaglory@gmail.com @ sms 0132609919.
 :) anda kaya dan berjaya!

"MASA DAH TIME" ;)

Tuesday 15 October 2013

Kisah "MAGNET Hati"

DETIK 05102013. Hari ini 15hbOKTOBER2013 bersamaan 10 ZULHIJJAH 1434Hijrah.
Hari umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban. Dalam masa yang sama lebih 2 Juta umat Islam sedang mengerjakan haji di Makkah Al-Mukarramah. Moga semuanya mendapat haji yang mabrur. InshaAllah. Amiin.
Kepada sahabat seIslam yang turut membuat 'korban' lembu / kerbau ataupun kambing, semuga niat korban itu akan lebih mendekatkan diri kepada Allah dan bertambah nilai-nilai murni Iman, Islam dan Ihsan yang boleh membantu menambah nilai kepada ramai lagi orang disekeliling kita.

Workkayyy.... apa yang saya sedang 'sharing' di sini adalah berkaitan 'nilai murni' seorang ahli sufi  yang saya jumpa setelah melihat "Video Khutbah Bermotivasi" semalam. Moga ianya menjadi iktibar kepada kita semua. Ini kerana zaman sekarang!! agak sukar untuk kita "MenJumPai" ahli Sufi yang ''kata-katanya" mampu "menggerakkan / menggertakan" hati hati paderi ataupun ketua-ketua yahudi agar kembali tunduk patuh kepada ajaran Islam dan mengagungkan keEsaan Allah SWT.
"Kerana kita kekurangan 'bisa' inilah maka mereka (Ketua Paderi / The Herald) begitu berani bersuara untuk menggunakan Kalimah Allah di gereja-gereja. Nasib baik keputusan mahkamah kelmarin berjaya menghalang mereka daripada menggunakan kalimah suci ini. Itupun hanya kerana majoriti peguam yang bersidang adalah Muslim!! Jika sebaliknya..., fikir-fikirkanlah apa yang akan berlaku!!!

Tetapi kena ingat..., mereka takkan mengaku kalah begitu sahaja. Berbagai strategi mereka akan lakukan untuk melalaikan umat Islam. Semoga kita yang dah sedia "nampak dan sedar" dengan 'permainan' mereka ini... akan bersama mengukuhkan ukhwah persaudaraan dan perjuangan agar Islam tetap subur berkembang dan dihargai dihormati dirahmati Allah.
Inilah berani namanya "Berani Berubah" untuk menjadi kaya dan berjaya menguasai dunia perniagaan, dunia politik dan dunia Islam yang sebenarnya.
Baikkkk.... cer baca kisah ini (saya copy&paste)  Jika ada yang tersalah, perbetulkanlah... dan permudahkanlah demi Iman Islam dan Ihsan :)

Kisah Abu Yazid Al Bustami 14 October, 2006

Posted by netlog in Kisah Abu Yazid al Bustami
trackback
Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan. 
Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya
kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku
bahwa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak
dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semua
tidak sependapat.”
Mereka heran mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahwa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam! 
Allahuakbar!!

Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu subhanahu Wataala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan
Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut didalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada delapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang delapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam
Kitab Suci (artinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat)
itu adalah delapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadikan kerusakan bumi Allah,
sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (artinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perusak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajiban puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana
firman Allah Taala (artinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji)
berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke negerinya.
Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusuf Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci:
Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya
tiga belas.
14. Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam. Mereka memberitahu
ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahwa Yusuf telah di makan serigala.
Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar,  tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani,  sesuai dengan firman Allah Ta’ala (artinya) : telah berkata, Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mau tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka yaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai penyempurna agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (artinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membagi-bagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah
Taala (artinya): Maka Allah berfirman kepadanya yaitu kepada tujuh petala
langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap
perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam
di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai
dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (artinya): demi subuh apabila ia
terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol yaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan
daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail
Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk
Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keledai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (artinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keledai
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Muslihat kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (artinya): sesungguhnya tipu
muslihat wanita adalah suatu tipu muslihat besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam
30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina
32. Binatang yang paling utama. Kuda.
33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,  setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
42. Maksud keledai Makwak.
Keledai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari
kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentara
berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila
(artinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan
diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu
petang.
47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja
ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam!
Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan
dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (artinya): dan Tuhan
kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
sumber :  http://e-masjid.com
Alhamdulillah....

"Masa DAH Time" :)


Saturday 12 October 2013

ada ke? MAGNET KORBAN!! ;)

DETIK 04 OKT 2013. Besok lusa kita akan menyambut "Hari Raya AiDIL ADHA" ataupun "Hari Raya Korban". Saya ucapkan Selamat Berkorban demi Iman Islam dan Ihsan dengan niat untuk mendapatkan "berkat hidup" dariNYA!!!! Amin. 
Alhamdulillah hari ni dapat juga 'curik masa' menulis di sini.., walaupun dlm seminggu ini asyik "road show proposal Training & Resort"  *(bukan roadSHOW PERwakilan ekkkkk ;) ...:: dengan beberapa GLC, NGO dan SUK Negeri-negeri di utara Malaysia kita ini. Memang seronok "bersembang dengan "Big-Big Think Thank" ni..., ada jer idea mereka. Maka kita ni sebagai "Pakar Perunding Program Modal Insan dan Pengurusan Resort" TERSANGAT SUKA lahh oleh mereka...., di ats "Nilai Memberi" yang kita bawakan!!! 
InshaAllah *(((Program Kuasai MAGNET Diri Untuk Kerjaya dan Biznes))) boleh berjalan lancar NOVEMBER ini di Wilayah Utara nanti. 
Aminn :)  *ANDA KAYA dan BERJAYA!!

Baiklahh....., iNi adalah coretan dari seorang sahabat yang baik untuk renungan kita bersama. 
Nilai sebuah pengorbanan tersangatlah besar ertinya..... 
..bermula di saat kewujudan dunia dan diciptakan Nabi Adam 'alaihis'salam, semuanya adalah atas dasar sebuah pengorbanan. Dahulunya semasa kita kecil-kecilan ;) manalah tahu kann apa itu korban, berkorban, dikorban, mengorban ataupun terkorban.... yang kita tahu adalah "Qurbani iaitu sebuah felem hindustani yang menjadi kegilaan ramai masa tu. Ada yang turun naik panggung sampai 100 kali katanya.., hehee.. hee :D betol laa kot sebab minat suka dengan creta tu punya pasal....

Tapi bagi kita masa tu.., baru darjah 6 atau dah masuk sekolah menengah rasanya... tengok-tengok gitu jer lahh kannn... ada macam macam babak..; suspen, ceria gembira lawan dan adakala dimainkan emosi sedih sebak dan berair matalah satu panggung wayang! masa tu lahhh... Habis TERlajak LaRiS lahh keset yang dijual di pasar malam "time itu" . Semuanya kerana lagu 'Qurbani' tu sedap dengar! Satu Malaysia menyayi lagu tuu... termasuklah PM waktu tu kot.., DSDMM (kini TUN M :) 

Begitulah hari demi hari kita dah mula "nampak" apa yang dikatakan 'pengorbanan' itu. Ianya bermula dari awal pagi.. dah dengar bunyi suara ibu-ayah bersembahyang berjemaah dan berdoa untuk anak-anaknya.., kemudian terdengar cawan berbunyi tanda ibu sedang bancuh 'air kopi' untuk ayah minum dan juga kita pun turut hirup sama. Kemudian bunyi 'engin motor' tanda ayah dah nak keluar "pi kerja", dan kita pun tunggu depan pintu nak bersalam dan dapatlah 'duit belanja sekolah' 5-6 kupang  gitulah. Ibu pula hanya mampu senyum kat kita dan ayah pun bergerak 'slow-slow' menghala ke pekan bawa "jaraih" di belakang motor. Kemudian kita pun 'kayuh gerek' ke sekolah.
Itulah "kerja kita" setiap hari.. pi sekolah balik sekolah... makan mengaji main mandi sungai makan tidur. Tak terlintas pun "nilai mereka" terhadap kita masa tu. Hinggalah dah amik LCE HSC @ SRP SPM baru 'nampak' dan sedar erti pengorbanan itu. Nati saya akan ceritakan "detik-detik pengorbanan" sebenarnya yang telah berlaku yang telah "mencetuskan" emosi dan tindakan "luarbiasa". Semuanya ini TERcetus apabila pada suatu hari.., selepas saya balik dari sekolah, tengok nasi sudah terhidang di atas meja... tetapi tiada orang yang makan........ hinggalah tiba-tiba terdengar seseorang memberikan salam!.....  Saya berlari ke depan pintu dan melihat............................................... 
(bersambung..)))

MARI kita hayati kisah ini dulu....::::>> 
*Hari Raya Aidiladha mempunyai banyak keistimewaan yang harus
diperbesarkan oleh umat Islam, bagi mengingati semula serta mengambil
iktibar pengorbanan tiga manusia agung iaitu Nabi Ibrahim; isterinya,
Hajar dan Nabi Ismail yang wajar dicontohi.


Nabi Ibrahim berjiwa kental dan mempunyai cita-cita unggul serta
ketakwaan yang tinggi kepada Allah, Hajar pula solehah yang bertakwa
kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang yang mempunyai kesabaran
luar biasa dan Nabi Ismail, sebagai anak yang solih berjiwa takwa,
tawakal dan sanggup disembelih bapanya demi menjunjung titah perintah
Allah.


Keistimewaan inilah yang harus diperbesarkan dan dijadikan teladan
segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa, pemimpin dan juga remaja.
Semangat dan ketabahan ini haruslah dijadikan landasan dalam kehidupan
bagi membina sahsiah diri, kekuatan mental dan fizikal serta kesabaran
dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian
dari syiar (lambang) Allah; maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke
Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie
(berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka
rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi
balasan pahala, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 158)

Ibrahim Al-Sari berkata, Safa bermaksud batu keras dan kental. Oleh itu,
sebatang pohon tidak tumbuh di atasnya manakala Marwah pula ialah batu
lembut. Kedua-dua tempat itu dijadikan syiar Allah untuk dilaksanakan
salah satu daripada rukun haji iaitu bersaie.

Syiar bermaksud tanda atau lambang ibadah kepada Allah. Oleh itu,
ditakrifkan syiar sebagai setiap apa yang diperintahkan kepada hamba
Allah sebagai satu ibadat kepada Allah dengannya daripada segala urusan
agama seperti tawaf, saie, wukuf di padang Arafah dan melontar Jamrah di
Mina. Sayid Qutub dalam kitab tafsirnya berkata, sesiapa yang
berkeliling antara dua bukit, bererti dia menunaikan syiar untuk Allah.

Syeikh Sya'rawi pula menyatakan, dua bukit Safa dan Marwah mengingatkan
nostalgia lama bagaimana Hajar iaitu ibu Ismail berulang alik antara
kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Ibrahim di
sisi Baitullah al-Haram.

Bagaimana fikiran seorang perempuan ketika ditinggalkan suaminya bersama
anak kecil di tempat yang tidak mempunyai makanan dan sumber air?

Di sinilah lahirnya ucapan Hajar yang masyhur, iaitu kepada siapa kamu
serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu berbuat demikian?
Lantas jawab Nabi Ibrahim: Ya, dengan penuh yakin. Isterinya yang
solihah berkata: Jika begitu, Allah SWT tidak akan mengabaikan kami.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Ibrahim, sangat besar dalam
menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah sebagai Kota Suci umat
Islam yang amat penting.


Mengenai Kota Makkah, Allah berfirman maksudnya, " Padanya terdapat
tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim ; barangsiapa
memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah
kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup
mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan
haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari
semesta alam " (Ali Imran :97)


Daripada ayat ini jelaslah bahawa pembangunan Kota Suci Makkah banyak
membawa kebaikan dan manfaat kepada umat Islam. Selain ia menjadi arah
kiblat ke Baitullah, kota ini juga menjadi tumpuan jutaan umat Islam
untuk menunaikan haji setiap tahun. Ini dijelaskan dalam ayat sebelumnya
melalui firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya rumah ibadah pertama yang
dibangunkan untuk manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makah) yang
mempunyai berkat dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Ali Imran:
96)


Selain itu, Hari Raya Korban wajar diperbesarkan demi mengingati betapa
penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh Nabi Ibrahim, dalam usaha
menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah. Baginda Nabi Ibrahim
disenaraikan sebagai salah seorang Rasul yang bergelar 'Ulul Azmi yang
memiliki kesabaran dan ketabahan luar biasa, sanggup menanggung seribu
satu macam kesusahan dan penderitaan serta cabaran semata-mata untuk
mencari keredaan Allah.

Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak
mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari
Arafah. Berpuasa pada hari-hari 10 ini merupakan perkara yang semulia
bagi mendekatkan seorang Islam kepada Tuhannya (Tidak dikira hari yang
ke 10, yang merupakan hari Eid, maka ia haram dengan pasti).

Dan hari yang paling banyak fadhilatnya adalah hari ke 9, iaitu hari
Arafah, hari dimana jemaah Haji berwukuf dengan keadaan menghadapi kusut
dan berabuk, dengan pakaian ihram yang menyerupai kain kafan orang mati,
tunduk kepada Allah menjawab seruannya, lalu berdo'a kepadanya.

Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah
dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji) berada
dirumah mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya
tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda : "Puasa hari
Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa
setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat
Tirmudzi]. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk
umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan
kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan
minum.

Hari Raya Korban hendaklah diperbesarkan dengan sewajarnya, dengan
mengucapkan takbir. Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan
bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah
sehingga hujung waktu 'Asar hari ketiga Tashriq.


Pada Aidilfitri disunatkan menjamah makanan atau juadah sebelum ke
masjid tetapi untuk Hari Raya Korban kita tidak disunatkan berbuat
demikian. Sebaliknya disunatkan pergi ke surau atau masjid lebih awal
untuk menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah yang
menyentuh antara lain kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan umat Islam.


Sebaik selesai solat sunat Aidiladha, maka bersegeralah menyembelih
binatang korban. Kemudian dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin dan
sebahagiannya juga diberikan kepada kariah masjid sebagai hadiah. Nabi
SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa dibukakan baginya pintu kebaikan
(rezeki) hendaklah memanfaatkan kesempatan itu (untuk berbuat baik)
sebab dia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup baginya."
(Riwayat Asy Syihaab).


Membesarkan Hari Raya Korban dengan pelaksanaan ibadat korban yang
dilakukan semata-mata kerana Allah pada Hari Raya Haji dan hari-hari
Tasyrik (11,12, dan 13 Zulhijjah).


Ibadat korban dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kariah
masjid. Peserta yang melakukan ibadat korban melalui daging korban dapat
dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin dan ahli kariah masjid.
Ini akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri untuk terus membantu
golongan yang kurang bernasib baik.


Selain itu, ibadat ini dapat mengukuhkan pertalian dan kasih sayang di
kalangan keluarga dan ahli masyarakat yang berkumpul melaksanakan ibadat
korban melalui kerja menyembelih, melapah, menyiang daging dan kemudian
makan bersama-sama daging korban dimasak.


Ini juga dapat melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran dengan
melaksanakan perintah Allah. Ingatlah firman Allah s.w.t. bermaksud:
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah
berat." (Ibrahim:7).

*Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!!
^^Salam Aidil Adha!
maaf zahir dan batin dari saya^^

"Masa DAH Time" :)