Sunday, 6 October 2013

Dilema Mangga ;)

Detik 03112013 :)
Aku masih di sini cuma agak "relax di opis GLC" untuk perbincangan beberapa projek Pembangunan Insan di Wilayah Utara Malaysia. Hari ini semuanya berjalan lancar demi menambah nilai untuk anak bangsa agama dan negara. Pada kesempatan yang ada aku sempat singgah di kampungku, Kampung Pida Tunjang, Kedah. Sepanjang perjalanan yang dikelilingi "bendang" rasa seronok tengok "pokok beras" yang sedang menguning dan sedang 'diangkut' oleh mesin padi yang rata-ratanya dikuasai oleh usahawan melayu. (Nati aku ceritakan bagaimana lahirnya Jutawan Padi pertama di kampungku)

Sedang aku terleka melihat mesin padi yang menderum macam guruh, tetiba aku teringat kisah yang diceritakan oleh Tok Medah (Tok Guru yang mengajar mengaji Quran semasa aku berumur 7 tahun). Rotan tak pernah 'lekang' dari tangannya... dengar dia berjalan sahaja, semua yang ada atas madrasah terus membaca dengan suara yang kuat.., tapi betul atau tidak tu aku tak tahulah. Apabila Tok Medah duduk, semua diam tunggu sapa akan dipanggil dulu untuk baca di depannya. Memang dia ajar sungguh-sungguh, selagi baca tak betul, tak boleh balik atau kena balik last sekali. Jenuhh.... sampai keluar air mata laaa, nak boleh 'lepas' balik...::
Hinggalah suatu hari, dia bercerita pasal buah mangga! ceritanya begini.....

Halim memiliki sebidang tanah dan bercadang untuk menanam pokok mangga untuk tujuan nak jual di pasar malam. Lalu dia pun ke tempat benih pokok rakan baiknya, Osman untuk mendapatkan anak benih mangga yang bagus.
Mendengarkan hasrat Halim, Osman pun mengesyorkan satu anak benih yang diketahuinya menghasilkan buah mangga yang mempunyai isi yang sangat manis. Halim yang teruja, terus membeli anak benih pokok mangga tersebut.


Setelah tiba masanya, pokok mangga Halim pun mengeluarkan buah dengan sangat lebat. Halim bersyukur dan dia bercadang umtuk menjualnya kepada Daud yang berniaga di NAT (pasar tani lahh tuu.. ;)  Daud bersetuju untuk menjual buah mangga itu apabila Halim memberitahu tentang isinya yang manis. Dia melonggokkan buah-buah mangga itu berserta sebuah tanda yang bertulis "buah mangga manis".

Melihatkan tanda di gerai Daud, Pora yang menggemari buah mangga itu terus sahaja membeli beberapa biji. Setibanya di rumah, Pora memotong buah mangga itu dan berasa amat marah apabila mendapati mangga yang dibelinya berasa kelat dan tidak manis seperti yang dinyatakan. Pora bergegas ke pasar tani membawa buah yang dibelinya dan memarahi Daud kerana telah menipu.

Daud yang geram apabila dimarahi Poa terus besoknya mencari Halim dan menyalahkannya kerana menyatakan buah mangga dari pokoknya itu manis sedangkan tidak. Halim pula mendapatkan Osman dan memberitahu bahawa anak benih mangga yang dibelinya dari Osman itu tidaklah menghasilkan buah yang manis seperti yang dinyatakan. Osman hanya terdiam kerana dia sendiri sudah lupa hal itu.

Persoalannya, siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Osman, kerana dia menjual anak benih atau Halim yang menanam pokok mangga tersebut? 

Jawapannya, tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Semua yang berlaku itu diluar kemampuan Daud, Halim mahupun Osman. Semuanya terjadi dengan izin dan upaya Allah.

Begitu juga keadaannya dengan kita. Jika sesuatu yang tidak diingini menimpa diri kita, keluarga kita atau orang yang tersayang, janganlah kita cepat-cepat untuk mencari siapa yang perlu dipersalahkan atau siapa yang bertanggungjawab. 

Apa yang terjadi itu semuanya atas kehendak dan kemampuan Allah. Mereka yang kita persalahkan itu, tiadalah daya mereka untuk mengetahui perkara buruk yang tak diingini itu akan terjadi. Jika mereka tahu, pasti mereka juga akan berusaha untuk mengelakkannya daripada terjadi.

Janganlah kerana perkara yang tak kita inginkan itu terjadi disebabkan perbuatan mulut atau tangan orang tertentu membuatkan kita menaruh rasa benci, dendam dan bermusuhan dengan mereka. Apa yang berlaku itu pastilah dengan kehendak Allah dan menyalahkan orang lain sama seperti tidak redha dengan ketentuan Allah.


لا حول ولاقوة إلا بالله


Laa hawla wala quwwata illa billah
Tiada daya dan upaya selain Allah

Inilah yang sering berlaku hari ini..... moga kita lebih bersikap bertolak ansur dan berprasangka positif dengan setiap apa yang sedang berlaku. Ini kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Moga "mangga" di dalam diri kita sentiasa berbuah harum dan mengharumkan orang disekeliling kita.


"Masa DAH Time"
:)

Wednesday, 2 October 2013

Aku menulis.... "bukan kerna nama"

..... DETIK 02 10 2013! aku teringat ayat ini, "jangan tunggu peluang tetapi carilah peluang itu".
 Ini mengingatkan aku akan satu kisah dulu-dulu. Rasanya waktu itu baru berumur 5 tahun kot. Memang tak boleh nak ingat semua.. tetapi yang membuatkan kita teringat adalah apabila kita berada di tempat tersebut pada hari ini. Inilah keajaiban otak rasanya, ia dapat "memainkan semula filem lama". Maksudnya secara tiba-tiba kita jadi teringat balik. "Saat itu adalah saat yang paling aku tunggu, maklumlah depan rumah aku tu kan sungai. Waktu tu mana nak ingat keselamatan diri.., yang penting keseronokan.. seronok sepanjang masa. Sejak dari mula bangkit pagi hinggalah maghrib..., kira nak seronokk saja.
Saat yang paling seronok adalah waktu pukul 11 - 12 pagi. Ini kerana waktu ni, takda orang kat umah. Semua mereka pi menanam di 'padang'. Maka waktu ni lah masanya! hmmmm... baru aku terperasan, mengapa laani aku selalu sebut "masa DAH time", :D rupa-rupanya dah sampai masanya untuk aku menulis kembali kisah-kisah zaman kechik-kechik dulu. Okay boleh terima juga alasan ni kann, tapi korang tahu dak apa yang aku akan buat? mesti korang tak terfikir kan.  Cer teka.. cer teka!! Siapa dapat teka, aku bagi garam bukit 1001 gram ;) Okayyy cer jawab: Apa yang aku lakukan waktu itu ialah ............................................................!! Nati komen kat bawah tu, apa yang aku lakukan!

Jawapan itu adalah kena mengena dengan kisah ini..... Okayy baca kisah ni dulu, baru beri jawapannya.

"Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. "Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat.

"Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar," katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat cuba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak keletihan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.

Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.

Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rakannya yang lebih tua, "Ada apa dengan lalat ini, Pak Cik? Mengapa dia mati? "" Oh .., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga mencari jalan keluar, dia mengecewakan dan keletihan hingga akhirnya jatuh mati dan menjadi menu makan malam kita. "

Semut kecil itu nampak mengangguk-angguk, namun masih penasaran dan bertanya lagi, "Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berjaya? "

Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu menjawab, "Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah cuba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama." 

Semut tua itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius, 
"Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan seperti lalat ini."

Mendengar kata-kata itu, maka semut kecil pun tersenyum dan bersalam sesama mereka. Hingga hari ini, salam itu dipraktikkan. Itulah "salam semut namanya" ;) 
Baiklah.... natijah dari cerita ini ialah...::
"Para pemenang / orang yang berjaya / orang yang kaya-raya atau ahli perniagaan yang kaya dan berjaya, tidak melakukan hal-hal yang berbeza, tetapi mereka hanya melakukannya dengan cara yang berbeza". 

Arakian... itulah kisahnya. Moga anda dapat jawapan dari kisah ini. Kemudian aku teringat pula saat aku belajar "naik gerek" dan terlanggar pula seorang orang tua yang suka melatah..... 

bersambung............ ;) :) 


"Masa DAH Time"

^^^kita hanyalah sebuah kehidupan^^^



Tuesday, 1 October 2013

SRP * PMR * PBSMR*!!

Story ke 2@''masa DAH time" :)
Story petang ni bukanlah sambungan story pagi tadi.... tetapi saya tertarik untuk sharing juga sebagai menghargai sebuah kasih sayang. Semua orang tahu kan besok akan diadakan peperiksaan PMR (penilaian menengah rendah). Dulu-dulu zaman saya di panggil SRP (sijil rendah pelajaran) dan besok-besok difahamkan ianya akan 'diupgradekan' menjadi nama PBSMR singkatan kepada (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah).
Hmmmm... inilah dunia kan, ramai orang kata 'dunia dah maju.., zaman dah berubah'. Arakian dek kerana 'kemajuan' itulah maka "Pak Mantari" dengan bangganya akan berusaha menjustifikasikan "dunia pelajaran" agar menjadi lebih GlokaL dan lebih GLoBaL di mata ibubapa rakyat Malaysia kita ini.

Maka kita sebagai rakyat yang setia dengan Rukun Negara@"Kesopanan dan Kesusilaan" ikut sahajalahh kannnnn.............. "i follow" ;)
Namun di dalam slogan 'dunia dah maju.. zaman dah berubah' ini.., adakah boleh kita jelaskan maju dari segi mana? berubah dari segi apa? Macam petang tadi di radio IKIM ada dibincangkan tentang "Falsafah Pendidikan Negara". Ramai yang memberikan pendapat dan juga persoalan..., dan di antara saranan tersebut adalah yang berkaitan dengan "kasih dan sayang" di dalam diri keluarga dan adik beradik terutamanya. Sejauh mana 'kasihsayang' itu mampu merubah dunia.... mari kita hayati kisah ini.

Ia di kirim secara 'personal message' di 'facebok' oleh seorang anak saya yang akan menduduki PMR besok hari. Ia sedang belajar di sebuah sekolah beraliran Arab di Kuala Terengganu dan tinggal di asrama. Moga kita sama-sama mendoakan agar dia dan semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang.
Al-Fatihah! Amin:)

:) "assalamualaikum.. abah akak nak minta maaf atas semua salah silap akak selama ini. halalkan makan minum akak.., akak tau Allah akan sediakan yg terbaik buat kita smua. Allah lebih tau segalanya, serahkan semuanya pada Dia utk tentukan takdir kita smua.
2-9 oktober, akak periksa PMR. setulusnya, akak mohon doa dari abah.. doakan kejayaan akak dan adik bradik yg lain.
abah kena percaya semuanya Allah yang atur, setiap kali kita berbahagia Allah yang tentukan....
hayatilah kisah ni..
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
*moga lakaran yg lebih indah akan tercoret di laman kehidupan kita sekeluarga."

Itulah kisahnya...... moga kita "belajar sesuatu" malam ini. :)

"Masa DAH Time"
^^kejayaan kekayaan tanpa kasih sayang ibarat naik rakit di sungai yang tiada arusnya^^ Hidup memang penuh dengan kemewahan... tetapi jiwanya kosong!


Monday, 30 September 2013



DETIK 01 10 2013 "masa DAH time" ;) assalam sahabat yang dirahmati disayangi dicintai Allah dan semua makhlukNya. Moga hidup kita sentiasa dapat berkat dunia dan akhirat! Amin :)
Tetiba rasa suka sharing kat sini pula. Jomm kita 'story-story'. satu hari satu story kita buat hari-hari nati lama-lama-lammaa jadi BIG story.... :D  wokkayyyy Bersyukur hari ini kita masih ada... macam macam ada... janganlah kata takada nati yang ada itu tak menjadi 'menda' pula.., sian kan setelah kita bersusah payah mencari sana-sini tetiba tergamak 'pi kata takda' pula..., so hari ini mari kita ubah dan jadi Berani Berubah dari kata 'takada jadi ada', kerana makin kita kata ada... makin banyak 'mende-mende' yang kita sebut itu datang segera dalam hidup kita..... Perrgghhhh!! memang best kann.. :D macam saya suka sebut "Aku Sudah Dapat". Setiap hari saya mesti sebut 444 kali sekurang-kurangnya dan selepas sebut itu.., saya terus bersalawat kepada Nabi kita Muhammad S.A.W dan terus bersalawat sebanyak-banyak dalam hati sambil buat kerja. Memang banyak perkara yang akan kita rasa "nikmat" apabila hati sentiasa beristiqamah dekat dengan orang yang dicintaiNya. Nanti saya akan cerita satu persatu keajaiban-keajaiban yang telah berlaku di sepanjang hidup saya ini....... moga sabarrrr bersama saya setiap hari :)

Pagi ini saya teringat masa zaman kecik-kecik dulu..., entah mengapa tetiba jer teringat! Munkin sebab dunia ni bulat kot.., dan ia sentiasa berpusing! maka memori saya juga turut TERpusing dan menjelmalah peristiwa yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun dulu... hmmm... munkin yang dah 28 tahun atau 38 tahun dan juga boleh jadi yang dah 48 tahun... ;) (angka 48 ni dah macam jadi digilai ramai rasanya ;) 
 Tapi masa 48 tahun tu dah ada ke saya ni... memang ada pon kannnn!!!, cuma tak dilahirkan ke dunia ini lagi. Itulahhh.... tetiba terbayang masa berumur 4 tahun rasanya!!!! (sebelum berumur 4 tahun tu.., belum menjelma lagi peristiwa apa yang telah berlaku, munkin 'CPU' aku ni masih 'slow' untuk 'karau balik' gambaran semasa itu) Walau apapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk buat 'total recall' di mana aku dari sejak dalam kandungan lagi. Hmmmmm.... tentu ramai NAK tahu kannn, macamana nak buat "total recall" itu... ;) K :) tarikkk nafasss dulu... dalam-dalamm dan senyummmm!!!  dan relaxs lepas slow-slow....

Teringat lagi masa tu rumah saya di depannya ada sungai kecil di panggil anak sungai ataupun parit lahh kot sebab jika lari 'dersa-deras' lompat boleh lepas..., jika tak lepas pun, jatuh dalam air.. maka dikira mandi teruslahhh..., memang jernih sungguh airnya (masa tu lahhh, hari ni "jernihlah sangatttt" ;) Okkayyy yang bestnya sampai hari ini sungai itu masih ada lagi... (nati nak masukkan gambar sungai tu, "next story")
dan... di belakang rumah ada 'padang' atau sawah padi..., dan orang sekarang panggil "Pokok Beras" :D heheee... pokok beras! boleh ka macam tu? kira pahamm dah ler kann. Orang kata "asal beras dari padi.., asal padi dari budi, jika hati jadi sunyi.. balik baliklah jumpa 'ibu mithali' :)
 
hmmmm... memang sayu lah jika tengok... bila balik sekali sekala, dulu menghijau dan kekuningan keemasan, sekarang ni hijau pokok masa membesar tu dah bercampur dengan tungau.. dan bila masak jadi kuning tapi bercampur dengan warna warni rumput rampai laa pula. Entahlah apa sebabnya pun saya tak tahu. Jadi itulah.., masa dulu memang indah permai kampungku. Ia diberi nama 'Pida'. Tokwan dulu kata asalnya dari masa zaman 'orang putih' sebutannya adalah 'Feeder'. Passtu boleh kat orang kampung, maka di sebutnya 'Pida'. Maka sampai lani jadilah kampungku... "Kampung Pida" :) ada satu peristiwa yang best untu sharing.................

workkayyyy.... bersambung besok ;) 


"Masa DAH Time"
^^aku dah dapat!!!!