Ini mengingatkan aku akan satu kisah dulu-dulu. Rasanya waktu itu baru berumur 5 tahun kot. Memang tak boleh nak ingat semua.. tetapi yang membuatkan kita teringat adalah apabila kita berada di tempat tersebut pada hari ini. Inilah keajaiban otak rasanya, ia dapat "memainkan semula filem lama". Maksudnya secara tiba-tiba kita jadi teringat balik. "Saat itu adalah saat yang paling aku tunggu, maklumlah depan rumah aku tu kan sungai. Waktu tu mana nak ingat keselamatan diri.., yang penting keseronokan.. seronok sepanjang masa. Sejak dari mula bangkit pagi hinggalah maghrib..., kira nak seronokk saja.
Saat yang paling seronok adalah waktu pukul 11 - 12 pagi. Ini kerana waktu ni, takda orang kat umah. Semua mereka pi menanam di 'padang'. Maka waktu ni lah masanya! hmmmm... baru aku terperasan, mengapa laani aku selalu sebut "masa DAH time", :D rupa-rupanya dah sampai masanya untuk aku menulis kembali kisah-kisah zaman kechik-kechik dulu. Okay boleh terima juga alasan ni kann, tapi korang tahu dak apa yang aku akan buat? mesti korang tak terfikir kan. Cer teka.. cer teka!! Siapa dapat teka, aku bagi garam bukit 1001 gram ;) Okayyy cer jawab: Apa yang aku lakukan waktu itu ialah ............................................................!! Nati komen kat bawah tu, apa yang aku lakukan!
Jawapan itu adalah kena mengena dengan kisah ini..... Okayy baca kisah ni dulu, baru beri jawapannya.
"Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. "Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat.
"Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar," katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.
Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat cuba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak keletihan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.
Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.
Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rakannya yang lebih tua, "Ada apa dengan lalat ini, Pak Cik? Mengapa dia mati? "" Oh .., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga mencari jalan keluar, dia mengecewakan dan keletihan hingga akhirnya jatuh mati dan menjadi menu makan malam kita. "
Semut kecil itu nampak mengangguk-angguk, namun masih penasaran dan bertanya lagi, "Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berjaya? "
Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu menjawab, "Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah cuba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama."
Semut tua itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius,
"Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan seperti lalat ini."
Mendengar kata-kata itu, maka semut kecil pun tersenyum dan bersalam sesama mereka. Hingga hari ini, salam itu dipraktikkan. Itulah "salam semut namanya" ;)
Baiklah.... natijah dari cerita ini ialah...::
"Para pemenang / orang yang berjaya / orang yang kaya-raya atau ahli perniagaan yang kaya dan berjaya, tidak melakukan hal-hal yang berbeza, tetapi mereka hanya melakukannya dengan cara yang berbeza".
Arakian... itulah kisahnya. Moga anda dapat jawapan dari kisah ini. Kemudian aku teringat pula saat aku belajar "naik gerek" dan terlanggar pula seorang orang tua yang suka melatah.....
bersambung............ ;) :)
"Masa DAH Time"
^^^kita hanyalah sebuah kehidupan^^^
No comments:
Post a Comment